Respond diberi di ruang MesirKini. Cebisan pendapat dari orang kecil. Nah. Ada yang memberi ulasan tentang pendapatku. Mungkin dia tersalah tafsir apa yang cuba kusampaikan.sentap. terpukul. Aku dikatakan masih lena.masih tidak berbuat apa2 utk saudara2 ku di sana. Hati kecil memberontak.
Aku menyeru agar semua menguatkan bantuan doa! Apakah itu erti aku tidak berbuat apa2?!
Istighfar farina...Istighfar!
Hati dipujuk. Pasti ada yang Allah mahu kau pelajari dari ini!
*********
Ya..ada sesuatu yang aku pelajari.tidak.bukan cuma sesuatu tapi beberapa hal:
1. Penyakit ujub terlalu mudah menjangkiti
2. Pendapat seorang insan terlalu rapuh dan terbuka luas untuk disalah tafsir
3. Si pemberi ulasan benar. Aku masih terlena..
.....apa lagi yang telah aku lakukan untuk saudara2ku di Mesir? Juga utk negara2 Islam lain yang masih tertindas? Hanya Doa dan solat? Cuma Bantuan kewangan yang begitu kecil jumlahnya?
Lemah.lemah sekali.hanya itu nilai perjuangan aku?!
Doa dan solat...
setelah itu kembali terlalai dgn dunia.Urusan harian yg masih kurang menyumbang kepada perjuangan Islam. Belum lagi ditambah masa2 yang ku bazirkan dengan bermain bermacam2 permainan dalam Note II ku..
leka lalai dihadapan facebook dan youtube.. lena!
Terima kasih si pengulas! Moga Allah menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaanmu. Moga kita bisa berteman di jalan Allah. (Aku masih jauh dlm perjalanan rohani ini . tolong ya.. ) Kau membuatkan aku sedar. Aku perlu terus mencari cara dan langkah. Usaha apa lagi yang boleh dilakukan untuk perjuangan Islam di bumi Allah ini.segenap tenaga yang aku punya pasti akan ditanya kelak, sebanyak mana aku guna untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini?
Allah...thanks for the lesson today.
Forgive me for my ignorance.
And help me to be better.
And give victory to Muslim all around the world.