Tuesday, 8 October 2013

Dosa itu.....

Dosa itu
Ibarat jerangkap samar
Indah di luar. Melambai.
Mahu memerangkap.
Hingga tanpa sedar
Diri dalam belenggu neraka

Dosa itu
Ibarat racun
Dalam diam membunuh diri
Membunuh hati
Memadam cahaya Ilahi
Senyap. Perlahan. Tapi pasti

Dosa itu bagai dadah
Memusnah
Membinasakan
Tapi sangat menggiurkan
Menggoda untuk terus setia
Setia meski sedar
Dadah itu penghancur diri

Allahku.
Lindungi daku
Dari jerangkap samar ini.
Dari racun ini.
Dari dadah ini.
Kerna hanya hati yang Kau lindungi
Akan selamat terpelihara.
Allahku.
Bantu daku.

-folyxhious. 08/10/2013. 19:20-

No comments:

Post a Comment