Wednesday, 24 December 2014
important self reminder
Saturday, 25 October 2014
repost fb. exam.
--
"Semua tutup buku dan simpan dalam beg. Saya cuma mahu sebatang pen dan meja yang kosong!"
Pelajar-pelajar terpinga.
"Hari ini kita ada ujian."
"Syeikh! Kami tak tahu pun hari ini ada ujian." Beberapa pelajar mengangkat suara.
"Hatta saya juga tidak tahu hari ini ada ujian." Balas syeikh selamba dan yakin.
Kertas diedarkan kepada setiap pelajar.
"Dengar, tulis, dan jawab semua soalan." Kami diam dan menumpukan perhatian.
"Lagi 20 minit saya akan kutip kertas. Siap atau tidak bukan masalah saya."
MasyaAllah. Kami belum ulangkaji. Yang belajar dalam kelas belum faham sepenuhnya. Apa lagi yang melekat di kepala. Teramat sikit.
Kebanyakan pelajar hanya diam dan menoleh kiri kanan. Memang tidak boleh jawab!
Kekeliruan dengan apa yang sedang berlaku membuatkan beberapa pelajar menzahirkan protes.
"Mengapa tidak beritahu dahulu nak buat ujian."
"Mana kami ingat apa yang syeikh ajar"
Tidak kurang pelajar yang risau markah mereka akan hilang begitu sahaja.
"Berapa markah ujian ini syeikh?" Soalan berulang-ulang walaupun syeikh sudah nyatakan bahawa dia tidak akan jawab.
Kertas dikutip. Kami pasrah. Mahu dikorek dalam otak sudah tidak jumpa.
Selesai kertas dikutip, syeikh ingin melangkah keluar. Pelajar-pelajar masih tidak berpuas hati. Ditanya lagi syeikh itu dan ini.
Wajah syeikh berubah.
"Inilah kamu! Inilah penuntut ilmu!"
Satu kelas tersentak dan diam.
"Dimana hafazan kamu? Dimana ulangkaji kamu? Apa selama ini ilmu hanya bercampakan diudara tanpa mengisi minda kamu? Apa kamu mahu esok ujian baru malamnya kamu ingin membaca?"
"Kamu bertanya berapa markah? Berapa markah? Sampai bila ilmu yang kalian belajar ini bermatlamatkan markah? Sampai bila? Hanya untuk ujian. Tidak kamu hafal, simpan dan terjemahkan
dalam kehidupan? Bukankah itu tujuan kamu ke sini?"
"Sungguh zaman telah berbeza. Hari ini semua terlalu mudah. Semua dalam internet. Sofware-sofware kitab yang berlambak. Menyebabkan kamu tidak berminat untuk bersungguh-sungguh menjaganya."
"Kamu akan balik ke negara kamu dan jadi ulama'. Apakah kamu mahu ilmu kamu hanya pada internet dan sofware? Terputus bekalan elektrik, terputus segala ilmu kamu. Begitu?"
Subhanallah. Terputus segala kata. Bagaikan batu besar menghempap kepala. Pengajaran penuh makna.
Friday, 15 August 2014
decision -laterblog
decision made.
issues settled.
then Ramadan goes.
syaitan returns.
the heart wavers.
"could i have made a mistake?"
"what if i made the wrong decision?"
worry not.
if indeed i made the wrong decision;
surely Allah will lead me back to the right path
surely Allah will make it happen
by hook or by crook.
so again.
worry not,
keep the focus.
working on faith and family.
shaping on the modesty and taqwa.
f.o.c.u.s.
as in archery, the favourite sports of Prophet Muhammad p.b.u.h
"... step 7: Raise and draw your bow. This is often done in one fluid motion and with repeated practice, will involve perfect control of your movements, allowing you to concentrate fully on the target and not be distracted, not even by tiredness...."
worry not farina.
it'll happen if it means to.
it'll not happen if it means not to.
keep working hard to gain mardhatillah.
surely u'll find the path.
surely the puzzle will be solved.
Wednesday, 4 June 2014
Rezeki itu dari Allah
Cemburu yang amat!
Allahu....jealousnyaaaa!
Tapi, tetap bahagia. =)
Aneh?
Well..hidup kan memang aneh.hehe.
Hari ni dpt berita drpd kak izan (kakak ipar yg sulung) yg uncle Burhan (anak sepupu mak) -pemilik syarikat Les Copaque' Upin Ipin tu..nk sponsor mak ayah gi haji.uwaaahhh.. best gilerrr!
But still. Alhamdulillah. ♡
Mak ayah. Anak mak sorg ni x mampu lg nk sponsor mak ayah.mampu doa je.harap2 doa sebelum ni betul2 termakbul.harap2 tahun ni or tahun depan mak ayah gi haji.n sy, dpt gi umrah dulu pun boleh ^____^
♡♡♡
-dan, nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan?-
Thursday, 20 March 2014
Saya suka hari Jumaat
Saya suka hari Jumaat.
Kenapa?
Hari Jumaat. Penghulu hari. Banyak pahala utk setiap kebaikan yang dilakukan.zikir.selawat.quran.sedekah.♡
Ok, itu secara teknikalnya.
Tapi, secara peribadi....
Hari Jumaat ada ketenangan yang tak boleh digambarkan.hanya dirasai.Udaranya seakan lebih ceria..segar..berbeza.Simfoni alamnya lebih bahagia.anginnya.faunanya.
Betul... hari Jumaat kicau burung seperti lebih gembira.langitnya lebih terang dan indah.sinar mentari lebih mesra.suka. ^_^
Oh. Satu lagi. Hari Jumaat dekat dan akrab dengan sunnah. Mungkin itu rahsianya.bukankah Rasulullah itu rahmatan lil 'alamin? ^,^
Jom selawat banyak2. Jom buat sunnah2 baginda. Oh.. satu lagi! Dah baca surah kahfi? ♡
Saya suka hari Jumaat. Macam jatuh cinta.
Terima kasih Allah, kerna ini juga satu anugerahMu.
P/s-rindu Ramadan!! 99 days to go. ^____^
Sunday, 16 March 2014
Ummah yang berdarah....
Terkedu.
Saat menatap penderitaan saudara2 seagama di Palestin..di Syria..di Mesir..hati terlintas, parahnya keadaan ummat Muhammad skrg.diinjak2 maruah dan jasad..
Tapi sekarang, seakan terputus nyawa.sesak lagi menyesakkan!
Saat menyaksikan ternyata keadaan di tempat sendiri lebih parah!
Lebih jelek! Lebih sakit!!
Allah...
sakitnya ummat Muhammad skrg..
Ya Allah..bagaimana akan kami hadapi kemurkaanMu kelak... T_T
Ampunkan kami ya Allah..
Allah...ampunkan kami kerna kami alpa dalam nahi mungkar kami...
Allah...ampunkan kami kerna gagal mendidik generasi kami...
Bersyahadah tapi.............. .
Allah...sampaikan permohonan ampun kami pd rasulMu ya Allah...
Hakikatnya kami tidak tahu bagaimana utk menjawab jika baginda bertanya mengapa ummatnya jadi begini... mengapa remaja kami bermandi arak dan dadah..tewas di pesta hiburan dan bukannya di medan juang utk jihad agama! =(
Allah...pasti perit hati baginda..pasti luluh hati baginda... seolah sia2 segala pengorbanan jerih perih baginda dlm menegakkan Islam di muka bumi ini dulu ya Allah... bagaimana harus kami nyatakan permohonan maaf kami kepadanya ya Allah?
Air mata yg terus mengalir ini takkan ada nilai di hadapan kemurkaan Allah, jika tanpa langkah yg disusuli..
Tolonglah. Tolonglah kami ya Allah. Ajari kami untuk kembali kpd Mu. Kembali mendaulahkan syariatMu...
Bantu kami utk sekurang-kurangnya memelihara keluarga kami.. utk mendidik ahli keluarga kami..anak2 kami dengan nilai2 agama Mu ya Allah.. bantu kami ya Allah....
Moga usaha2 kecil kami dapat menyelamatkan kami, pada hari perhitungan maha dahsyat di akhirat nanti....
T_T
Saturday, 15 March 2014
Tertipu.tertewas.
Allah...
Betapa halusnya tusukan jarum syaitan.
Hakikatnya penuh bisa namun...
dek halusnya jarum itu aku bahkan tidak merasa perit dan sakit,
sebaliknya nikmat dan enak!
Aneh.sungguh takjub.
Namun saat nikmat halus yang dinikmati itu mulai pudar dan pergi,
dan dengan rahmat Ilahi yang Maha Pengasih, Pengampun dan penuh Cinta..
akhirnya tersingkap jua rasa perit dan bisa tusukan jarum syaitan itu tadi.
Tersedar! Terjaga!
Pedih! Pilu!
Ternyata diri yang disangka terpelihara
Nyatanya tertewas dengan permainan licik raja tipu daya.sang iblis laknat!!
Allah...
Aku mengira diri ini sudah cukup berhati-hati.namun ternyata, dalam langkah yang tidak tersedar, aku juga tewas dalam menjaga ikhtilatku.
Cinta Pemilik diri dan hati ini
Kononnya akan diperjuang dan dipelihara.
Namun lenaku tiba jua.
Lelapku singgah juga.
Lalaiku mengintai tertawa.
Ampunkan daku, Pemilik hatiku.
Ampunkan daku, Pemilik diriku.
Ampunkan daku, Rajaku...
Allah...
Kalau bukan kerna rahmatMu,
Mana mungkin diri ini tersedar.
Mana mungkin diri ini menyedari,
Bahawa sesungguhnya,
aku telah tertipu dan tewas..
kepada racun berbisa
Di hujung jarum halus
tusukan syaitan durjana!
Allahku...
Dengan kasihMu,
Ampunkan daku...
Bawa daku kembali...
Dengan rahmatMu yang tak bertepi.....
Kepada siapa akan ku kembali..
Kalau bukan pemilik hati.pemilik diri.
Izinkan aku untuk bertatih lagi
Terus merangkak kepada redha Ilahi.
T_T
Sunday, 9 March 2014
Menanti detik penuh impian
Salah satu impianku...
Untuk berimam dgn suamiku
Dalam tahajjud penuh rindu
Kepada pencipta Kami y satu.
Pasti bahagia.
Pasti indah berbunga-bunga.
Kerna di satu sisi, adanya pencuri hati.
Dan di sisi yg satu lagi,
pencipta dan pemilik hakiki
hati dan diri hina ini
♡
Monday, 3 March 2014
Titik permulaan
Bismillah.
Da lama sgt berniat nak join usrah.
Sejak last usrah di smkap.......
Smpai la kesedaran tu baru dtg smula baru2 ni. Xpe.cepat ke lambat yg penting hati masih diketuk cahaya indah itu.kan? =)
♡ alhamdulillah ♡
Hr ni tajuk tentang ukhuwwah fillah.
Indah bunyinya. Kan? =)
Ingatan utk diri --> selalu dan sentiasa letakkan Allah sbg sebab dan matlamat. Selamanya. Okay? ^,^
Antara point2 yg dikongsi td:
-hanya Allah yg mampu mengumpulkan dan menyatukan hati hati manusia, bila Dia mahukannya.
-ukhuwwah atas dasar agama yg sama.aqidah yg sama.tiada beza meski rupa, harta, bangsa dll tak sama.
-hak2 seorg sahabat antaranya zahirkan kasih sayang, saling menghormati, sentiasa bersangka baik, ziarah bila sakit ataupun meski tanpa keperluan, saling berpesan, saling mempertahankan maruah dan nama serta sentiasa gembirakan sahabat. Tukar2 hadiah pun boleh. =)
-yang menghormati akan dihormati. Yg mengasihi dan menyayangi akan dikasihi dan disayangi.
-jangan biarkan sesaat berlalu tanpa hal berfaedah.
Cinta itu indah, bila ia datang daripada si pencipta Cinta itu sendiri. Allahu rabbi ♡
Thanks for everything, my Lord ♡
Friday, 28 February 2014
Bahagia
Bahagia itu bererti...
Bila Allah mencukupkan diri..
Bila Allah menyenangkan hati.
Bila Allah sentiasa melindungi.
Bila Allah terus di hati.
Bila Allah mencampakkan kasih di hati.... ♡
Moga bahagia yang dirasai
Terus bawa insan kerdil ini
dekat kepada pencipta diri.
Terus erat dengan Ilahi.
Kerna bahagia itu tidak hakiki.
Kecuali bila pada Allah segalanya berpaksi.
Sunday, 23 February 2014
Bicara hati
Si gadis berbisik...tulus dari hati...
"Hati ini hanya akan sepenuhnya kau miliki,
Bila ijab dan qabul sah termeterai...
Kerna hati ini telah berjanji...
Kini dan selamanya, Allah itu pemilik hakiki.."
Tuesday, 18 February 2014
Tuesday, 4 February 2014
Siapa aku?
Monday, 3 February 2014
Reason needed?
you....
will always be a great person..
because you...
have Allah as your God, your Lord!
Death, will be your destiny.
Life, is not an eternity.
Sway not! Mujahadah is the key!
Focus on getting His Mercy!
Yes, you'll keep fallin'..stumblin'...
Yet... Fret not! Lose not!
Learn not the term givin' up!
Keep fightin'!! Keep beggin'!!!
Revitalise your spirit and soul.
Restarting over and over again,
Because...that's the infinity formulae~
-folyxh. 03.02.2014-

