Wednesday, 30 October 2013

Permintaanku

Apa erti sebuah janji
Bila kata tak dikota
Bila gagal tatkala diuji
Bila lemah tatkala dicuba?!

Allah...
Turun dan naiknya imanku..
Kepatuhanku..ketaqwaanku..
Semuanya,  bahkan seluruhnya
Dalam pengawasanMu
PemerhatianMu

Lemahnya daku,
Juga...dalam mafhumMu

Justeru.....
Papah daku dalam pincangku
CPR daku dalam lemasku
Kendong daku dalam rebahku

Wahai Allah, tuhanku
Yang satu.

Sunday, 20 October 2013

Langkahku

Semakin banyak langkahku
Semakin menjauh aku
Bukannya aku tidak tahu
Segala perilaku..tingkahku...
Dalam makluman dan perhatian Tuhanku...

Allahku..
Allahku..
Allahku..

Bantu daku
Tolong daku
Kasihani daku

Bawalah daku
Kembali padaMu...
Hanya Engkau Maha Tahu...

-folyxh- 21.10.13

Thursday, 10 October 2013

....

Hidup ini
Bukan tentang sempurna atau tidak
Kerna sempurna itu hanya Allah.

Hidup ini
Satu pengembaraan.
Satu pengalaman.
Satu perjuangan.

Pengembaraan demi pengembaraan
Dalam mengenali erti bahagia dan derita.
Perjalanan demi perjalanan
Dalam mengumpul pengajaran demi suatu erti kematangan..usia dan minda.
Perjuangan demi perjuangan
Dalam mencari...meraih..redha Ilahi.

Tuesday, 8 October 2013

Dosa itu.....

Dosa itu
Ibarat jerangkap samar
Indah di luar. Melambai.
Mahu memerangkap.
Hingga tanpa sedar
Diri dalam belenggu neraka

Dosa itu
Ibarat racun
Dalam diam membunuh diri
Membunuh hati
Memadam cahaya Ilahi
Senyap. Perlahan. Tapi pasti

Dosa itu bagai dadah
Memusnah
Membinasakan
Tapi sangat menggiurkan
Menggoda untuk terus setia
Setia meski sedar
Dadah itu penghancur diri

Allahku.
Lindungi daku
Dari jerangkap samar ini.
Dari racun ini.
Dari dadah ini.
Kerna hanya hati yang Kau lindungi
Akan selamat terpelihara.
Allahku.
Bantu daku.

-folyxhious. 08/10/2013. 19:20-