Aku merasa selamat dan dilindungi. Dipelihara dengan berbagai cara. Teguran yang indah. Ingatan yang keras namun tidak menyakitkan.Dia buat aku rasa istimewa.bahagia.indah. Semua kekurangan aku Dia tahu tapi Dia tak pernah menjauh dari aku. Bahkan aku yang sering melupakan Dia bila aku terlalu sibuk dengan hal dunia.hal yang menyeronokkan untuk seketika. Dia tahu semua itu. Dia tahu kealpaanku. Betapa aku kadang2 tak setia dengan Dia. Tapi.....
Dia tak pernah lupakan aku.
Dia tak pernah berputus asa dengan aku. Kerna aku tahu..aku mula menyedari.. ternyata Dia tak mahu aku berputus asa denganNya.
Dia tak pernah mengecewakan aku.
Cinta agung manakah yang akan kau rasai, jika bukan daripada pencipta 'cinta' itu sendiri...
Entri ni ditulis baru2 ni je.dlm minggu lepas mungkin.. Surprisingly I found a similar piece of writing in my diary. I will publish it in the next post.
No comments:
Post a Comment